Skip to main content

Badminton

Badminton MSSM: Anak-anak Hardiyandi pasang impian jadi tonggak beregu wanita negara

j

Bagi kebanyakan pemain beregu, kesefahaman perlu dibentuk menerusi latihan yang kerap dan pengalaman bermain bersama dalam tempoh tertentu.

Namun, buat anak-anak Hardiyandi, Nur Arishya Athieya serta Nur Aneeshya Zulaikha, aspek keserasian bukan satu masalah tetapi menjadi kelebihan buat mereka kerana sudah mengenali sisi luar-dalam masing-masing sejak kecil.

Lumrah adik-beradik, pastinya pernah bergaduh dan tidak sependapat tetapi ikatan semula jadi di luar gelanggang yang terbina membantu mencorak gaya permainan mereka sebagai beregu sejak kali pertama digandingkan tiga tahun lalu.

"Sebagai jurulatih, bapa yang memperkenalkan sukan ini kepada kami.

"Saya pernah terpilih mewakili Sarawak dalam Astro Kem Badminton di Kelantan pada 2023.

"Kami kena kurangkan 'bergaduh' ketika di atas gelanggang, nanti tak boleh main (berikan aksi terbaik)," kata Nur Arishya Athieya.

Di sebalik impian mahu menjadi gandingan adik-beradik dari Sarawak pertama yang mewakili negara, pengorbanan ibu bapa dan sokongan yang diberikan sejak mula berkecimpung dalam arena badminton membakar semangat mereka untuk terus maju ke depan.

"Kami ingin menjadi adik beradik muslim pertama yang mewakili Malaysia dalam beregu wanita," katanya lagi.

Bagaimanapun, adik-beradik ini terpaksa akur perjuangan dalam kejohanan tahun ini tiba ke penghujung jalan selepas tewas 10-21, 8-21 di tangan gandingan Kuala Lumpur dalam acara beregu perempuan B-15 hari ini. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Related Topics

Must Watch Video