Kemenangan Zaki Ubaidillah menyaksikan dia menewaskan pemain nombor satu dunia, Christo Popov, untuk mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters Jepun di Kumamoto sebentar tadi.
Wakil Indonesia itu menjadi pemain termuda dalam sejarah sejak 2009 dengan usia 19 tahun 139 hari untuk menumpaskan perseorangan pertama dunia itu.
Aksi pusingan 16 yang berlangsung selama 45 minit itu menyaksikan Zaki mudah mengatasi pemenang pingat perak Piala Thomas itu dengan kemenangan straight set 21-15, 21-19.
Kumamoto Masters Japan 2026 MS - R16 21 21 🇮🇩Moh. Zaki UBAIDILLAH🥇 15 19 🇫🇷Christo POPOV 🕚 in 45 minutes
— BWFScore (@BWFScore) November 12, 2026
Zaki yang menduduki carta ke-26 BWF akhirnya merekodkan kemenangan pertama ke atas Popov selepas tiga pertemuan.