Skip to main content
Advertisement

Badminton

Badminton: Kandas di tangan perseorangan Malaysia terus bukan lagi ranking pertama dunia

Christie
Advertisement

Kekalahan Jonatan Christie 22-20, 12-21, 17-21 di tangan pemain perseorangan badminton negara, Leong Jun Hao, dalam perlawanan pertama suku akhir acara berpasukan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 mengakibatkan rankingnya terjunam bermula 29 September ini.

Untuk rekod, wakil Indonesia itu mengungguli carta tersebut pada bulan lalu, namun tidak berjaya mengekalkan kedudukan tersebut untuk jangka masa yang lama.

Advertisement

Christie turut tersungkur dalam pusingan 16 Kejohanan Badminton Masters China pada bulan lalu dan belum mencipta sebarang kemenangan setakat ini.

Ia, sekali gus menyaksikan jaguh nombor satu Thailand, Kunlavut Vitidsarn, berkemungkinan bakal kembali menghiasi ranking tertinggi dunia BWF menjelang bulan hadapan.

Advertisement

Bagaimanapun, Indonesia menghidupkan peluang menerusi kebangkitan Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri yang menumbangkan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, 19-21, 10-21.

Walaupun dengan jurang ranking sekali ganda, kekentalan perseorangan kedua negara, Justin Hoh, memberi cabaran hampir membuahkan hasil sebelum tewas 19-21, 19-21 kepada Farhan Alwi untuk memberikan Indonesia kelebihan 2-1.

Kedudukan kembali seimbang apabila beregu bidan terjun negara, Aaron Chia-Tee Kai Wun, bangkit untuk mengatasi Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 17-21, 21-16, 21-13, sekali gus mengheret pertemuan ini ke babak penentuan.

Namun, perjalanan aksi getir itu ibarat sudah diduga yang menyaksikan perseorangan ketiga negara Eogene Ewe, bergelut sebelum ditundukkan Zaki Ubadillah 11-21, 11-21.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video