Selepas cemerlang dengan rekod tujuh kali mara ke pentas akhir dalam tempoh hanya lapan bulan bergandingan, beregu campuran negara, Jimmy Wong-Lai Pei Jing, terus menjadi tumpuan arena badminton antarabangsa serta Malaysia.
Pasangan ini turut menetapkan sasaran besar untuk menembusi kedudukan 20 terbaik dunia menjelang suku pertama 2026, seiring momentum positif yang sedang mereka bina ketika ini.
Advertisement
"Saya berpuas hati dengan pencapaian setakat ini, kami mencapai sasaran dengan kami baru bergandingan baru lapan bulan.
"Setakat ini kami berharap dapat perbaiki ranking, kami sudah sertai kejohanan besar seperti Super 1000, 500 dan 300. Kami berharap dapat capai sesuatu," kata Pei Jing.
Wakil negara di ranking ke-26 dunia itu juga berjanji untuk terus mempersembahkan aksi memukau, khususnya menjelang penampilan sulung mereka di Kejohanan Super 1000, Terbuka Malaysia, pada awal tahun nanti.
Dengan keyakinan yang kian memuncak serta persiapan rapi dalam aspek teknikal dan fizikal, pasangan ini tekad untuk terus mengukuhkan status mereka sebagai antara beregu campuran paling konsisten musim ini.
"Ini kali pertama Jimmy beraksi dalam kejohanan 1000 di laman sendiri, jadi kami akan lakukan yang terbaik." tambahnya