Skip to main content
Advertisement

Badminton

Badminton: Gila! Juara pertama sejak 80 tahun, satu-satunya pemain diangkat selaku ranking nombor satu

Popov
Advertisement

Tahun paling berjaya buat Christo Popov!

Kemenangan dalam final Kejohanan Badminton Terbuka Perancis malam tadi menyaksikan dia menjadi pemain perseorangan lelaki tuan rumah pertama menjuarai pertandingan di tempat sendiri selepas 80 tahun.

Advertisement

Henri Pellizza merupakan juara terakhir pada 1946. Popov mengulangi pencapaian itu semalam selepas menewaskan wakil Indonesia, Moh. Zaki Ubaidillah, dalam perlawanan rubber set mencecah satu jam permainan.

Pilihan ketiga kejohanan bertaraf super 750 itu mendahului set pertama 21-11, sebelum lawan bangkit pada set kedua 14-21.

Advertisement

Bintang berusia 24 tahun itu kemudiannya menggunakan kelebihan di hadapan peminat tempatan untuk mencipta sensasi sekali gus memperoleh kejuaraan ketiganya selepas Terbuka Jerman dan Terbuka Jepun dalam siri jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) musim ini.

Tahukah anda? Dengan kecemerlangannya itu, naib juara Piala Thomas itu akan menjadi pemain pertama dari Perancis dalam sejarah merentasi lima sektor menduduki ranking pertama dunia dalam masa terdekat. 
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video