Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mengharapkan tuah Stadium Tertutup Indira Gandhi untuk menewaskan pemain sandaran China, Li Shifeng, dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia yang bermula Isnin depan.
Pemain berusia 27 tahun itu pernah menewaskan lawan sama sebelum ini, ini boleh dikira sebagai perlawanan ulangan apabila kedua-dua pemain itu akan kembali bertembung di India.
"Saya akan berikan yang terbaik ketika menentangnya.
"Saya pernah menang sekali ke atasnya dan ia berlaku di India.
"Tahap persiapan pada minggu ketiga ini OK dan bagus," katanya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.
Jun Hao kini berada dalam prestasi terbaik dan berhasrat untuk mencurahkan segala-galanya demi negara tercinta.
Beberapa perubahan dan input dari jurulatih turut diadaptasi bagi memperoleh keputusan cemerlang menjelang Kejohanan Dunia.