Skip to main content

Bola Sepak

Badminton: Aksi paling dinantikan, namun Lee Zii Jia tersingkir di tangan ranking ke-88 dunia

LZJ

Prestasi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, semakin membimbangkan apabila tersingkir di tangan pemain ranking ke-88 dunia, Zhe Ying Wu, dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Vietnam semalam.

Aksi yang berlangsung selama 47 minit itu menyaksikan permainan diheret ke set penantua selepas kedua-dua pemain menampilkan aksi bertenaga dalam set pertama dan kedua.

Wakil kebangsaan terlebih dahulu kecundang dalam set pertama tatkala hanya mengutip lapan mata membenarkan pihak lawan menguasai keseluruhan gelanggang untuk menutup permainan dengan keputusan 8-21.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu kemudian bangkit daripada ketinggalan untuk menghidupkan peluang dengan mudah meraih kemenangan dalam set kedua 21-13.

Memasuki set terakhir, segalanya seperti tidak menjadi buat bekas pemenang Seluruh England 2021 itu, sebaliknya terpaksa akur berputih mata apabila Zhe Ying Wu mendominasi perlawanan untuk menghantar Lee Zii Jia pulang awal dari kejohanan bertaraf super 100 itu.

Meskipun tewas, tumpuan lensa menyaksikan Stadium Nguyen Du dipenuhi peminat tuan rumah yang menonton aksi Lee Zii Jia walaupun perlu menunggu lama sebelum ia bermula.

Untuk rekod, Terbuka Kanada pada Julai merupakan kemaraan ke separuh akhir Jelajah Dunia BWF pertama Lee Zii Jia sejak menjulang gelaran Terbuka Australia pada Jun 2024.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement