Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Angkat Berat

Badang negara mahu serap ilmu daripada wakil Indonesia, juara Sukan Olimpik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Erry

“Bagai bulan jatuh ke riba“

Peribahasa itu tepat menggambarkan rezeki yang tidak disangka-sangka badang negara, Muhammad Erry Hidayat.

Advertisement

Erry yang baru kembali menemui semula kekuatan dan momentum dalam kariernya selepas tidak berada di tahap terbaik sejak dua tahun lalu.

Selepas menempuhi fasa sukar -- atlet berusia 26 tahun itu tampil dengan aura dan pesona baru di pentas utama, sekali gus mencipta sensasi meraih pingat perak Sukan SEA Thailand 2025 kategori 79 kilogram (kg).

Erry memasang harapan membawa impian negara menuju Sukan Komanwel Glasgow 2026, termasuk mahu berlatih bersama Rizki Juniansyah yang juga merupakan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris, tahun lalu.

"Ada bersembang dengan dia (Rizki Juniansyah) untuk datang ke Malaysia berlatih bersama.

"Sesuai dijadikan rakan sepelatih, sambil ingin bercuti sekitar Malaysia.

"Saya rasa terharu sebab boleh menuntut ilmu dengannya. Teknik dan rutin sesuai dijadikan panduan.

"Sukan angkat berat adalah harapan Majlis Sukan Negara (MSN) mendapatkan pingat dalam Sukan Komanwel," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

 

Must Watch Video