Pemenang pingat emas Sukan SEA Thailand 2025, Rizki Juniansyah, mendapat pengiktirafan Guinness World Records dengan catatan memberangsangkan dalam sukan angkat berat meskipun baru berusa 22 tahun.
Rizki Juniansyah ialah atlet angkat berat Indonesia yang baru-baru ini memecahkan pelbagai rekod dunia apabila dia beralih daripada kelas berat 73 kilogram (kg) kepada 79kg.
Advertisement
Dalam kategori tersebut, dia merupakan individu pertama mengangkat bebanan terberat secara keseluruhan termasuk clean and jerk.
Setakat ini, Rizki memegang rekod dunia usai memecahkan catatannya sendiri.
🚨 Guinness World Records officially recognizes Rizki Juniansyah’s record-breaking 2025 SEA Games performance.
Records set:
• Heaviest weightlifting 79kg total (male)
• Heaviest weightlifting 79kg clean & jerk (male)
Congrats! 👏🏼 pic.twitter.com/qrexpiNNS6— Timnas Xtra (@TimnasXtra) March 5, 2026
Pada 15 Disember lalu dalam temasya dwitahunan Asia Tenggara (ASEAN), dia mengatasi rekod dunianya dalam kategori clean and jerk sebelum ini iaitu 204kg dalam Kejohanan Dunia. Kenaikan 1kg terus meletakannya selaku 'badang' nombor satu dunia.
Jumlah angkatan seberat 365 kg (160kg snatch dan 205kg clean and jerk), juga dicatatkan pada Sukan SEA 2025.
Atlet kelahiran Banten, Indonesia itu meraih pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024, kejuaraan dunia dan beberapa siri kejohanan lain.