Kelab Vietnam, Cong An Ha Noi (CAHN), dikenakan hukuman keras -- larangan tiga jendela perpindahan -- oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), berkuat kuasa semalam.
Ini bermakna kelab yang berpangkalan di Hanoi itu tidak akan mendapatkan pemain baru hingga pertengahan musim 2027/28.
Begitupun, masih belum jelas punca hukuman itu dikenakan ke atas juara Vietnam musim lalu tersebut walaupun pada awal tahun ini, pernah didenda dan dihukum kerana menurunkan pemain yang digantung.
Semalam, anak buah Alexandre Polking itu menikmati pengalaman pertama di pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di sebalik kekalahan 1-4 kepada juara 2008 dari Jepun, Gamba Osaka.
CAHN dijadual bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 19 November depan dalam Kumpulan B, Piala Shopee sebelum sekali lagi berentap dalam ACLE pada 16 Februari 2027.