Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tidak berdepan masalah untuk ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) apabila mudah menumbangkan pasangan bukan pilihan dari India, Dhruv Kapila-Tanisha Castro, dalam aksi pusingan kedua di Pusat Sukan Olimpik Ningbo sebentar tadi.
Turun selaku pilihan keempat, gandingan negara itu mempamerkan penguasaan penuh sejak dari awal permainan, di mana mereka tidak pernah ketinggalan sebelum memenangi set pertama 21-13.
Advertisement
Sedikit tentangan dihadapi beregu juara dunia itu pada pertengahan set kedua tetapi mereka kekal tenang untuk mencatatkan kemenangan 21-14 selepas secara keseluruhan bertarung selama 37 minit.
Tang Jie-Ee Wei seterusnya akan bertemu pasangan Korea Selatan, Kim Jae Hyeon-Jang Ha Jeong, bagi penentuan ke separuh akhir esok.