Skip to main content

Badminton

BAC: Perseorangan wanita negara mampu cipta kejutan

dc

Bekas perseorangan wanita badminton negara, Dr. Daphne Ng, melihat peluang seimbang dimiliki pemain negara menerusi Wong Ling Ching yang disifatkan memiliki corak permainan yang semakin memberangsangkan dan berpeluang menumpaskan pemain India, Pusarla V. Sindhu dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, china, bermula 7 hingga 12 April ini.

Sementara laluan seimbang juga meniti K. Letshanaa apabila bakal bertemu lawan dari India, T. Sharma, dalam pusingan pertama kejohanan sama.

Advertisement

Jelasnya, ia juga merupakan pendedahan terbaik buat pemain negara dalam menguji kekuatan perseorangan wanita India sebelum kempen Piala Uber bermula 24 April hingga 3 Mei.

"Wong Ling Ching ketika ini adalah perseorangan wanita pertama negara dan merupakan pembunuh gergasi.

"Dia mampu cipta kejutan ke atas Sindhu dan tidak takut untuk menghadapi nama-nama besar," katanya.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, Turkiye dan Afrika Selatan, di mana skuad negara berpeluang cerah ke suku akhir setelah hanya jepun bakal memberi lawan paling sukar untuk pasukan negara.
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video