Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kandas dalam pusingan Pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) apabila tewas kepada gandingan Korea Selatan, Kim Jae Hyeon-Jang Ja Jeong, di Pusat Sukan Olimpik Ningbo sebentar tadi.
Pasangan negara itu jelas bergelut sejak dari awal permainan sebelum tewas 14-21 dalam set pertama.
Advertisement
Pang Ron dan Su Yin kemudian terpaksa akur tidak dapat meneruskan permainan dalam set kedua di kedudukan 6-9, yang difahamkan atas faktor kecederaan.
Ia mungkin menjadi aksi terakhir gandingan negara itu di pentas antarabangsa memandangkan ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto, baru-baru ini memberikan bayangan bahawa mereka berkemungkinan besar akan dipisahkan seandainya terus bergelut dengan masalah prestasi.