Skip to main content

Advertisement

Badminton

BAC: Malaysia tak menang pingat buat kali pertama sejak?

BAC

Kekalahan juara bertahan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, semalam menyaksikan Malaysia secara rasminya tidak memenangi sebarang pingat dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) kali ini di Ningbo, China.

Untuk empat musim berturut-turut sejak 2022, wakil negara konsisten membawa pulang pingat, namun rezeki tidak menyebelahi Malaysia dalam edisi kali ini.

Advertisement

Ia, merupakan kali pertama atlet negara tidak menaiki podium sejak 2019.

Untuk rekod, 2019 adalah tahun terakhir Malaysia gagal merangkul pingat. Dan, 2026 terpaksa mengulangi episod duka itu.

Beregu wanita nombor dua dunia, Pearly Tan-M. Thinaah, turut tidak berjaya mara ke separuh akhir selepas tewas straight set 12-21, 15-21 kepada tuan rumah.

Malah, gandingan beregu campuran nombor satu kebangsaan, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, selaku status juara dunia juga tidak kesampaian melangkah ke separuh akhir apabila tersungkur di tangan lawan dari Korea.

Satu lagi cabaran besar menanti wakil negara apabila akan beraksi dalam Piala Thomas dan Piala Uber hujung bulan ini di Denmark.

Berikut merupakan senarai bekas pemenang negara dalam BAC:

2019: Tiada pemenang.

2020 & 2021: Tidak dipertandingkan ekoran pandemik Covid-19.

2022: 
Lee Zii Jia (Juara)
Aaron Chia-Soh Wooi Yik (Naib juara)
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (Tempat ketiga)

2023:
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (Naib juara)
Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (Tempat ketiga)

2024:
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (Naib juara)
Aaron Chia-Soh Wooi Yik (Tempat ketiga)

2025:
Aaron Chia-Soh Wooi Yik (Juara)
 

Must Watch Video