Perseorangan lelaki negara, Justin Hoh, hampir melakar kejutan, namun tewas pada saat akhir kepada wakil Indonesia dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China sebentar tadi.
Pujian kepada atlet berusia 22 tahun itu kerana mengheret Alwi Farhan sehingga rubber set tetapi rezeki tidak menyebelahi dirinya dalam edisi kali ini.
Advertisement
Justin Hon terlebih dahulu akur 19-21 dalam set pertama, tetapi mencuri tumpuan peminat kerana menampilkan permainan memukau untuk mengekori rapat kedudukan sebelum bertukar gelanggang.
Memasuki set kedua, wakil negara itu mengambil peluang untuk bangkit, sekali gus berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi kemenangan 21-14.
Tatkala menuju saat-saat akhir, Hoh hampir mara ke pusingan seterusnya, namun Alwi Farhan menafikan hasratnya selepas bertempur hampir 74 minit.