Skip to main content

Sukan Lain

BAC: Arif Junaidi sasar tembusi pusingan separuh akhir

arif

Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King, meletakkan sasaran sekurang-kurangnya untuk menamatkan saingan Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China, yang akan membuka tirai bermula 7 hingga 12 April ini dalam pusingan separuh akhir.

Arif menyedari wujudnya persaingan sangat sengit, namun tetap tekad memberikan aksi terbaik dengan sasaran minimum sekurang-kurangnya mara ke suku akhir sekiranya gagal mencapai sasaran utama.

Advertisement

"Sekarang ini saya rasa segar untuk BAC nanti, ada Waktu dalam seminggu dan berharap tidak mengalami kecederaan.

"Kami mahu cuba mara ke separuh akhir, atau sekurang-kurangya mara ke suku akhir. Kami tidak mahu fikir terlalu jauh, fokus satu persatu.

"Selepas di Macau, keyakinan naik dan merundum sedikit sekarang, untuk mencari keyakinan itu makan masa sedikit," katanya.

Dalam masa sama, juara Terbuka Macau 2025 itu tidak mahu terlalu memikirkan persaingan untuk ke Piala Thomas bagi mengelakkan tekanan sekali gus akan menjejaskan fokus mereka.

Untuk rekod, Aaron Chia-Soh Wooi yik, muncul juara edisi lalu, manakala Arif-Roy King sekadar terhenti dalam pusingan kedua.

Kejohanan ini turut menjadi pentas signifikan buat mereka membuktikan kemampuan sebenar selepas sering tersingkir awal dalam kejohanan sebelum ini.

"Semestinya mahu, tetapi kami tidak mahu berfikir mengenai itu kerana takut memberikan kesan kepada prestasi.

"Jika ada rezeki maka ada, jika tiada mungkin jurulatih tahu apa yang lebih baik." tambahnya.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video