Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tidak berdepan masalah untuk ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Asia (BAC) apabila mudah mengatasi gandingan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin, di Pusat Sukan Olimpik Ningbo sebentar tadi.
Turun selaku pilihan kedua, gandingan negara itu mempamerkan penguasaan sejak dari awal permainan, di mana mereka langsung tidak pernah ketinggalan sebelum memenangi set pertama 21-15.
Advertisement
Skrip sama berulang dalam set kedua untuk Aaron dan Wooi Yik sekali lagi menguasai penuh permainan sebelum mengesahkan tempat ke pusingan kedua, juga dengan kemenangan 21-15, selepas secara keseluruhan bertarung selama 38 minit.
Menanti juara bertahan itu dalam penentuan ke suku akhir esok ialah pemenang di antara beregu Hong Kong, Law Cheuk Him-Yeung Shing Choi, dan gandingan China, Hu Ke Yuan-Lin Xiang Yi.