Skip to main content

Bola Sepak

Baba sayang Adik, Baba rindu Adik -- pertahanan KL City

kamal azizi

"Baba sayang Adik, Baba rindu Adik."

Demikian luahan pertahanan Kuala Lumpur City, Kamal Azizi, secara tidak semena-mena selepas pasukannya menewaskan Melaka 2-1 dalam aksi Liha Super di Cheras malam tadi.

Advertisement

Selepas wisel penamat, Kamal menjadi sebak dan mengalirkan air mata, sekali gus mengundang persoalan mengenai apa yang sedang terbuku di hatinya.

Ternyata kerinduan yang tidak tertanggung terhadap anaknya di Terengganu meruntun emosinya.

Dengan nada sebak, dia mendedikasikan golnya dalam perlawanan itu buat anak tunggalnya, Hadif Islam Kamal, yang baru berusia dua tahun dan terpaksa ditinggalkan bersama isterinya di Terengganu.

"Baba sayang Adik, Baba rindu Adik, semoga adik membesar menjadi anak yang baik dan berjaya, Insya-Allah," katanya dengan linangan air mata kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.


 

Must Watch Video