Skip to main content

Rencana

Azizulhasni buktikan atlet profesional boleh berjaya

gkg chk

Keputusan jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang, untuk bergerak secara profesional selepas kembali bersaing secara kompetitif bukanlah berbaur negatif.

 

Advertisement

Ia semata-mata ingin memastikan pelumba sedia ada yang sudah pun berada dalam program di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) tidak terjejas, jika dia memilih kembali bersama.


“Saya bersyukur dan berterima kasih apabila mendengar berita baik dari Menteri Belia dan Sukan, Dr Muhammad Taufiq Johari untuk memberi sokongan dalam apa jua bentuk dalam karier saya.

“Mungkin ramai yang tidak faham, apabila saya nak buat comeback, saya telah dipanggil untuk bersama dengan program RTG atau pun Podium.

"Namun, saya memilih untuk beregerak sendiri kerana saya ingin memberi ruang buat pelumba yang sedia ada. Jadi kalau saya tiada, mereka akan dapat slot dan juga budget dan sebagainya”, kata Azizulhasni Awang.

Misi utama adalah untuk Sukan Komanwel dan juga Sukan Asia Aichi Nagoya, yang bakal menjadi sukan Asia terakhir buat dirinya.

Kejayaannya membolot pingat emas dalam acara Keirin di Piala Dunia baru baru ini membawa maksud yang The Pocket Rocket Man masih berbisa dan bersedia menggalas cabaran negara walaupun sudah bergelar pelumba profesional.

Must Watch Video