Skip to main content

Berbasikal

'Azizulhasni Awang akan ambil bahagian'

Azizul

Olimpian berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, akan beraksi dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya dan juga Sukan Komanwel 2026, menurut Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh.

Dan, jika The Pocket Rocketman berjaya mendapatkan pingat dalam kedua-dua kejohanan tersebut, jaguh negara itu akan mendapat mata untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028.

Advertisement

"Dia (Azizulhasni Awang) akan mengambil bahagian. Kita akan lihat bagaimana prestasi dalam Sukan Asia.

"Saya percaya sekiranya dia menaiki podium, dia memburu sasaran ke kejohanan paling berprestij dunia," katanya.

Menjelang Kejohanan Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang akan berlangsung di Velodrom Nasional Nilai bermula 24 April depan, Amarjit mempercayai bahawa Malaysia selaku tuan rumah mampu menyediakan fasiliti dan perancangan yang terbaik buat 48 negara yang akan mengambil bahagian.

"Sambutan memberangsangkan.

"Kebanyakan datang dari Hong Kong.

"Pasukan berpengalaman sedang membuat persiapan.

"Perbincangan juga diadakan untuk berbincang perkara lain tentang penganjuran," tambahnya.

Must Watch Video