Azeem Fahmi melangkah ke ke pentas akhir 100m Sukan Asia 202, sebentar tadi.
Pakar pecut kebangsaan itu meneruskan larian bertenaga dengan mendahului perlumbaan separuh akhir di Stadium Olahraga Mizuho itu sebelum dipintas oleh pelari Korea Selatan, Nwamadi Joeljin, yang memecut untuk melakukan 10.17 saat -- menyamai catatan Azeem Fahmi dalam pusingan awal.
Larian 10.25s yang dilakukan itu meletakkan Azeem dalam kalangan lapan pelari terbaik sambil pelari Thailand, Puripol Boonson, muncul pelari terpantas setakat ini dengan 9.91s menjelang final pada malam ini.