Tumpuan khusus diberikan terhadap skuad hoki negara dalam misi berada di kelompok tiga pasukan terbaik untuk menyambar slot merit ke Piala Dunia 2026 di Belgium dan Belanda.
Jika ranking dunia menjadi ukuran, skuad negara dijangka tidak berdepan masalah untuk ke final -- bersama England yang menghuni ranking keempat dunia.
Advertisement
Skuad kendalian Sarjit Singh merupakan pasukan pilihan kedua kejohanan menduduki tangga 13 terbaik dunia -- pada saingan yang melibatkan lapan pasukan itu.
Namun, cabaran getir menanti skuad negara bermula dengan halangan dari Austria sebelum menentang musuh tradisi, Pakistan serta China.
Rekod pertemuan terakhir Malaysia menentang Austria memihak The Speedy Tigers menerusi kemenangan 5-4 dalam saingan Piala Negara-Negara 2023/2024.
Bekas kapten skuad hoki negara, Sukri Mutalib, merupakan individu yang menjadi saksi melihat fasa transformasi Austria, bermula ketika selaku pemain, mengetuai skuad negara menang ke atas Austria di Kuala Lumpur sebelum menjadi pembantu jurulatih kepada Sarjit Singh pada 2024.
🚨🚨
TERKINI !!!!!
Senarai akhir skuad The Speedy Tigers bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2026 di Ismailia, Mesir.
Adam Ashraf Johari & Azimuddin Syakir Kamaruddin berada dalam senarai menunggu.
Ashran Hamsani diketepikan (cedera pangkal peha)
@ASTROARENA pic.twitter.com/lOOpicsJZq— karlnunis (@_karlnunis) February 27, 2026
"Pada 2024, Austria memiliki struktur yang bagus dan tersusun.
"Tapi, saya yakin skuad negara mampu membuktikan sesuatu.
"Tempoh 60 minit harus kekal konsisten.
"Mereka tidak panik dan bermain seperti biasa walaupun sedang ketinggalan.
"Besar harapan saya melihat Malaysia mara ke Piala Dunia walaupun belum ke Sukan Olimpik," katanya.