Pasukan jemputan Kejohanan Bolasepak ASEAN B-19, Australia, mengenepikan Thailand 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Sumatra Utara, Deli Serdang malam tadi untuk memiliki koleksi kejuaraan terbanyak kejuaraan itu -- sebanyak enam kali.
Australia kembali bergelar juara selepas kali terakhir melakukannya pada 2019 sambil tuan rumah mengubati kekecewaan takhta yang terlucut itu dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kemboja untuk penentuan tempat ketiga.