Skip to main content

Olahraga

AUG: Masih tunggu laporan doktor -- Penyertaan Azeem Fahmi diketahui dalam masa terdekat

az
Advertisement

Pelari pecut nombor satu negara, Muhammad Azeem Fahmi, ada masa sehingga 10 Oktober ini untuk memberikan kata putus berhubung statusnya beraksi di pentas Sukan Asia Universiti (AUG) 2026.

Perkara itu berikutan keraguan mengenai kondisi fizikal Azeem yang dikatakan berhadapan kecederaan dalam aksi riben biru 100 meter final di Sukan Asia Aichi-Nagoya tempoh hari.

Advertisement

Azeem yang sepatutnya beraksi di VTF Grand Final di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, tidak kelihatan kerana difahamkan berada dalam proses rehabilitasi.

"Jika diikutkan nama Azeem memang dalam senarai pendek, namun masih menunggu laporan doktor sama ada dia boleh meneruskan penglibatan dalam AUG ataupun fokus pada rehab.

Advertisement

"Jika diikutkan perancangan awal memang dia akan berlari, cuma kami akan lihat laporan itu dahulu," kata Ketua Penyelaras VTF Grand Final, Malik Tobias.

Malik Tobias bagaimanapun berpuas hati dengan prestasi semasa lapan atlit negara di VTF Grand Final yang sudah melabuhkan tirainya semalam.

Tegas Malik, tiada istilah off season untuk atlet negara yang bakal terlibat dalam AUG walaupun pentas kejohanan terakhir di Stadium UPM gagal menampilkan beberapa nama penting atas faktor kondisi semasa.

"Secara keseluruhan untuk kejohanan ini, dapat penyertaan daripada atlet negara yang baru pulang dari Sukan Asia.

"Danish (Iftikhar Roslee) juga dapat raih catatan 10.39s." tambahnya.

Untuk rekod, sebanyak 13 rekod kejohanan berjaya dileburkan di VTF selain beberapa nama yang dilihat berpotensi untuk diketengahkan bagi saingan AUG menepati objektif pemilihan akhir berdasarkan prestasi di VTF Grand Final.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video