Atletico Madrid menolak bidaan 150 juta euro (RM708.805 juta) daripada Real Madrid bagi mendapatkan Julian Alvarez.
Real berkongsikan Atletico menolak tawaran itu susulan terdapat klausa pelepasan bernilai 500 juta euro (2,349 billion) buat pemain kelahiran Argentina itu.
"Real Madrid mengumumkan susulan membuat mesyuarat Lembaga Pengarah hari ini, telah membuat tawaran sebanyak 150 juta euro kepada Atletico Madrid bagi mendapatkan Julian Alvarez." kongsi kelab.
🚨🇦🇷 BREAKING - Atlético Madrid president Cerezo: “Real Madrid official bid? Julián Álvarez is NOT for sale”.
“We don’t wanna sell him”, told @elchiringuitotv. pic.twitter.com/0TfRbpwRcW— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 10, 2026
Pengumuman itu dilakukan sehari selepas Florentino Perez memenangi pilihan raya presiden Real Madrid pertama dalam tempoh dua dekat, sekali gus menjadi tempoh empat tahun lagi.
Untuk rekod, Alvarez menjaringkan 20 gol dalam 49 penampilan buat Atletico musim lalu dengan memacu pasukannya menduduki kedudukab keempat dalam carta La Liga.
"Bidaan Real Madrid? Alvarez bukan untuk dijual. Kami taknak jual dia." tambah Presiden kelab, Enrique Cerezo.