Atletico Madrid menegaskan tiada peluang, Julian Alvarez, menyertai seteru mereka, Barcelona, seleps presiden kelab Catalan itu, Joan Laporta, sekali lagi menyatakan minat mendapatkan penyerang Argentina berkenaan sehingga jendela perpindahan musim panas ini ditutup.
Dalam kenyataan kepada MARCA yang dikongsikan pakar perpindahan, Fabrizio Romano, Atletico mendakwa mereka menjadi pihak yang paling terkesan dalam kemelut perpindahan Alvarez.
Kelab Madrid itu mendakwa mereka mengalami kerugian daripada segi kewangan dan sosial susulan perkembangan kes perpindahan tersebut.
“Pemain itu menjadi mangsa, tetapi satu-satunya mangsa dalam ke Alvarez adalah kami,” kata Atletico.
Atletico kemudin memberikan pendirian paling tegas menyatakan “tiada peluang langsung” untuk menjual Alvarez kepada juara LaLiga itu.
Alvarez sebelum ini dilaporkan mahu meninggalkan Atletico, dengan Barcelona menjadi destinasi pilihan utamanya, manakala Arsenal turut memantau situasi berkenaan.