Atlet triathlon berusia 55 tahun, Erica Fox, dipercayai menemui ajal akibat serangan jerung selepas satu mayat terdampar di sebelah utara Teluk Monterey, pesisir California tengah, Amerika Syarikat.
Fox sedang melakukan aktiviti bersama ahli kelab renang tempatannya yang dikenali sebagai Kelp Krawlers pada 21 Disember Fox sebelum dua saksi menyatakan terlihat kelibat seekor jerung menghampiri seorang perenang.
Advertisement
Pejabat Sheriff Daerah Santa Cruz melaporkan penemuan mayatnya enam hari kemudian.
Suami Fox mendedahkan isterinya itu turut memakai sejenis alat yang kononnya mampu menghalau jerung yang biasanya akan berhijrah secara bermusim ke Teluk Monterey untuk memburu anjing laut dan singa laut.