Skip to main content

Sukan SEA

Atlet Gen Z ada anugerah semula jadi, kata bekas raja 110m lari berpagar

sssss

Sensasi atlet 110 meter lari berpagar, Mohamad Armin Zahryl Abdul Latif, bakal menjadi tumpuan di pentas Sukan SEA Malaysia ?

Kenyataan itu ditutur bekas pelari kebangsaan, Rayzam Shah Wan Sofian, selepas rekod kebangsaan miliknya  dalam acara itu iaitu 13.67 saat diperbaharui Mohamad Armin Zahryl  Abdul Latif di Ordos, China, bulan lalu dengan catatan 13.58s.

Rayzam Shah membuat kira-kira prestasi semasa Armin Zahryl ketika ini hanya dibayangi pelari dari Filipina, John Cabang, yang merupakan pemegang rekod kebangsaan negaranya menerusi catatan 13.37s.

Seiring dengan perkembangan acara pecut 100 meter, Rayzam Shah menegaskan acara kegemarannya juga melewati perubahan positif yang menyaksikan skuad kebangsaan memiliki pilihan melibatkan 3 atlet lari berpagar yang mampu berlari di bawah 14s ketika ini.

"Ini antara persembahan terbaik dalam saingan dan temasya ini kerana ada tiga pelari yang mampu berlari di bawah 14 saat, iaitu Armin dan (Muhammad Ruzki A'Limi Mohd Zahizal dari Wilayah Persekutuan, Muhammad Hazriq Mat Kilau dari Johor).

"Jadi sebagai tuan rumah Sukan SEA tahun depan, kita sudah ada kelompok pelari berpagar berkualiti.

"Kini terpulang kepada mereka pula untuk memastikan pingat Sukan SEA," katanya.

Dengan ciri-ciri fizikal yang ada pada Armin, Rayzam meramal pelari Terengganu itu mampu lmencatat sekitar 13.30s tidak lama lagi dan seterusnya mencecah kepantasan 13.2s tahun depan.

"Malah, peserta Sukma kali ini tinggi-tinggi (melebihi 180sm).

"Ketinggian mereka memang sesuai untuk acara ini. Ini satu kurniaan.

"Tak mustahil mereka mampu lari lebih pantas," katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video