Skip to main content

Sukan Asia

Atlet 400m negara terkilan terlepas realisasi hasrat

sss
Advertisement

Pemenang pingat pingat gangsa 400 meter Sukan Asia Hangzhou, Shereen Samson Vellabouy, mengakui kecewa tidak mampu memperbaiki pencapaiannya dalam kempen di Aichi-Nagoya.

Shereen mencatat masa 54.03 saat semalam untuk menamatkan peringkat saringan di tempat ke empat, sekali gus tidak layak ke pentas final.

Advertisement

"Saya dan jurulatih akan duduk berbincang mengenai hala tuju kami.

"Saya tidak mahu bohong bahawa tidak gembira dan kecewa.

Advertisement

"Saya mahu ke final tapi tampak saya tidak berkeupayaan untuk mara.

"Saya perlu bangkit, saya tidak boleh biarkan kekecewaan ini berlarutan," katanya.

Nasib yang sama menimpa Umar Osman yang mencatat masa 46.91 saat dan terlepas peluang ke final 400 meter lelaki selepas menghabiskan saringan di tempat keenam.

"Bukan satu catatan dan mutu persembahan yang diharapkan.

"Saya sudah buat yang terbaik dan terpaksa terima keputusan ini.

"Larian saya agak perlahan di selekoh, tambahan pula saya tidak nampak peserta lain.

"Sebaik dipintas, sudah terlambat untuk saya mengejar mereka," katanya pula. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video