Skip to main content

Bola Sepak

Astro terus bersama Liga Malaysia, pacu bola sepak tempatan

Astro terus bersama Liga Malaysia, pacu bola sepak tempatan

Astro hari ini mengumumkan kesinambungan peranannya sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia bagi dua musim akan datang, membawakan perlawanan siaran langsung dalam definisi tinggi (HD) merangkumi aksi Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia dan MFL Challenge Cup.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, berkata, “Sebagai Penyiar Rasmi Liga Malaysia, Astro melihat perlawanan ini bukan sekadar sebuah pertandingan bola sepak, tetapi nadi kepada komuniti yang menyatukan penyokong dan menggerakkan keseluruhan ekosistem sukan tempatan. Momentum yang kami perhatikan pada musim lalu mengukuhkan keyakinan kami terhadap potensinya. Sooka mencatatkan peningkatan sebanyak 52 peratus dari segi jumlah minit tontonan, manakala kandungan Liga Malaysia di platform digital dan media sosial Astro telah menjana lebih 575 juta tontonan sepanjang tiga musim lalu. Peningkatan ini mencerminkan minat yang semakin meningkat terhadap bola sepak tempatan dan menjadi pemangkin kepada usaha kami untuk terus membawa pengalaman tontonan terbaik kepada peminat.”

Presiden Malaysian Football League (MFL), Dato' Ab Ghani Hassan, berkata, “MFL amat berbesar hati dapat meneruskan kerjasama bersama Astro sebagai Penyiar Rasmi Liga Malaysia. Kesinambungan ini mencerminkan keyakinan kedua-dua pihak terhadap potensi dan masa depan bola sepak tempatan, di samping memastikan saingan Liga Malaysia terus mendapat liputan meluas serta lebih dekat dengan peminat di seluruh negara. Kami menghargai komitmen berterusan Astro dalam memperkukuh nilai komersial Liga Malaysia serta ekosistem bola sepak tempatan, dan yakin kerjasama ini akan terus memberi manfaat kepada MFL, kelab-kelab serta komuniti bola sepak Malaysia.”

Wajah Baharu, Format Baharu untuk Pengalaman Lebih Dinamik

Musim baharu ini akan membawakan dua individu berpengaruh dalam bola sepak tempatan iaitu Nidzam Jamil dan Yusri Che Lah, yang menyertai barisan pundit Astro buat pertama kali. Pengalaman mereka sebagai pemain dan jurulatih dijangka dapat memberikan perspektif serta kupasan yang lebih mendalam tentang perkembangan perlawanan, sekali gus melengkapkan barisan pakar sedia ada yang terdiri daripada Zaquan Adha, Razman Roslan, Farizal Marlias, Nizaruddin Yusof dan Datuk Zainal Abidin Hassan.

Pada masa yang sama, format studio baharu akan memberi ruang kepada pakar bola sepak untuk memainkan peranan lebih besar dalam mengendalikan rancangan dan mengetuai perbincangan. Keesh ‘Mat Stats’ dan Faiz Gurun akan mengendalikan liputan Liga Super, sementara Bang Med pula bakal mengemudi liputan Piala FA dan Piala Malaysia.

Dari Padang Komuniti, Bermula Sebuah Impian

Komitmen Astro dalam memupuk dan mengembangkan bakat muda dalam sukan bola sepak diteruskan menerusi #IniPadangKita. Tahun ini, inisiatif tersebut diperluaskan ke sekolah-sekolah terpilih, memberi peluang kepada generasi muda untuk berinteraksi bersama pemain, di samping menyemarakkan minat terhadap bola sepak.

Kesemua aksi Liga Malaysia boleh disaksikan secara langsung menerusi Arena Bola (Saluran 803 & 804), Astro GO, NJOI dan Sooka, perkembangan perlawanan turut boleh diikuti di platform digital Astro termasuk Stadium Astro serta saluran media sosial rasmi Astro Arena.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video