Skip to main content

Badminton

Astro Kem Badminton: Tiada jalan pintas, kejayaan tuntut usaha berterusan -- jurulatih

badminton

Astro Kem Badminton (AKB) bukan sahaja memupuk kelebihan di atas gelanggang, malah program ini turut menjana kekuatan mental pemain bermula di peringkat usia yang muda.

Ia bukan hanya berpaksikan sebuah kemenangan semata-mata tetapi apa yang perlu dilakukan seorang pemain adalah kebangkitan selepas sebuah kekalahan.

Seorang peserta cilik, Liu Yi Yong, termenung dengan linangan air mata selepas terpaksa akur dengan satu kekalahan dalam aksi peringkat kumpulan.

Dia yang merupakan wakil berpotensi berada dalam kelompok terbaik mengakui melewati pengajaran berguna dalam AKB selepas menjuarai acara  beregu B-13 Majlis Sekolah Sukan Malaysia (MSSM) selain kedudukan kedua dalam Kejohanan Tertutup Kuala Lumpur tempoh hari.

"Saya kecewa dengan kekalahan ini.

"Saya tertunduk kerana memikirkan kekalahan.

"Saya tidak fokus jadi telah melakukan banyak kesilapan," katanya.

Jurulatih AKB, Kok Wing Soon, menegaskan itu asam garam yang perlu ditanam dalam diri setiap pemain berkualiti dan semangat adalah kunci utama.

"Masih awal untuk melihat siapa yang berpotensi menjadi pelapis negara.

"Ada pemain yang tidak menyerlah pada awalnya kemudian terpilih hingga ke peringkat kebangsaan.

"Oleh itu, jika pemain ingin mengejar impian mereka, mereka harus ada ketahanan dan teruskan berlatih kerana tiada jalan pintas (untuk berjaya)," katanya pula.

Tambah seorang lagi peserta, Nuha Eryna Doni: "Saya dapat naikkan prestasi sambil fizikal dan skil saya kini bertambah baik.

"Tunjuk ajar teknik permainan yang diajar jurulatih sangat berguna."

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video