Skip to main content

Memanah

Aspek perlu diperbaiki ketika situasi mereka buat keputusan dalam tempoh kritikal -- Jurulatih memanah negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

recuirve

Selepas penilaian prestasi khusus pasca temasya Sukan SEA Thailand 2025 manyaksikan masih terdapat ruang penambahbaikan buat skuad memanah recurve negara.

Jurulatih memanah negara, Arif Farhan Ibrahim Putra, memuji keupayaan anak buahnya tampil dengan aksi terbaik selain memberikan saingan di peringkat tertinggi.

Advertisement

Begitupun, majoriti muka baru disifatkan masih belum menguasai sepenuhnya aspek ketahanan mental untuk membuat keputusan penting dalam waktu-waktu getir.

Hampir dua minggu kepulangan daripada tempoh berehat, aspek itu menjadi penekanan utama dalam sesi latihan atlet, sekali gus mereka dipersiapkan menuju ke pusingan pertama, Piala Asia 2026 bermula 21 sehingga 28 Mac depan.

"Antara aspek yang perlu diperbaiki adalah ketika situasi mereka membuat keputusan dalam waktu yang kritikal, kami lihat atlet kami kurang perkara itu ketika final.

"Bagi 2026, kami ada program untuk ditambah baik, antaranya adalah kekuatan mereka. Latihan mereka baru bermula dua minggu daripada berehat selepas Sukan SEA Thailand." katanya.

Must Watch Video