Skip to main content

Boling Padang

Asian Lawn Bowls Championship 2026: Izzat Shameer mahu tebus kekecewaan edisi lalu

sss

Asian Lawn Bowls Championship 2026 menjadi pentas penting buat Izzat Shameer Dzulkeple untuk bangkit menebus kekecewaan pada edisi lalu.

Sebelum ini, Izzat terlepas peluang melakar hatrik kejuaraan apabila sekadar meraih pingat gangsa, selepas muncul juara dalam dua edisi sebelumnya di Kuala Lumpur dan Pattaya, Thailand.

Advertisement

Kali ini, misi untuk menebus kekecewaan menjadi fokus utama buat jaguh negara itu.

"Kalau ikutkan saya cuba untuk dapatkan sekurang-kurangnya pingat emas, kalau dapat memang bagus. Untuk acara singles itu saya mahu tebus kembali pingat emas yang saya dapat pada 2023 dan 2024, tahun lalu saya peroleh gangsa," kata Izzat Shameer.

Bagi menghadapi cabaran di New Delhi, India dari 5 hingga 12 April ini, Izzat turut mengambil pendekatan dengan memberi fokus pada aksi simulasi kejohanan sebelum berlepas ke sana.

Langkah itu bagi memastikan dirinya lebih bersedia, terutama dalam menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang dan faktor cuaca yang berbeza.

"Sememangnya memberi kesan, tambah lagi sekarang ini cuaca panas dan situasi di India seperti yang diketuahui tidak mempunyai bumbung di venue kejohanan, jadi kemungkinan kami perlu lebih terapkan untuk berlatih sambil menjaga kesihatan.

"Sekarang ini juga kami sudah mula berlatih di luar supaya boleh menyesuaikan diri dengan cuaca.

"Simulasi sememangnya membantu lebih-lebih lagi untuk harungi keadaan tertekan sewaktu bertanding. Lebih tekanan sewaktu latihan sebenarnya lebih bagus untuk bantu tingkatkan prestasi," tambahnya kepada wartawan Astro Arena.

#Asian Lawn Bowls Championship 2026, #Izzat Shameer Dzulkeple, #New Delhi, #India

Must Watch Video