Skip to main content

Berita Sukan Am

Asia B-21 Ten Dance: Cukup baik di ASEAN tapi belum di Asia, penari negara akur perlu kerja keras

j

Pasangan sukan tari negara, Ooi Ken Vin dan Zoe Tan terpaksa akur kempen Kejohanan di Tashkent, Uzbekistan, di tempat kelima.

Namun, mereka ada sebab untuk berbangga selepas muncul pasangan tunggal dari rantau Asia Tenggara mara ke peringkat akhir.

"Kami agak hampa dengan keputusan ini seperti tidak meraih keputusan seperti yang diharapkan.

"Dalam masa sama, kami agak gembira kerana dapat memberikan persembahan yang memberangsangkan.

"Kami amat menghargai peluang bertanding dalam kalangan penari Asia," kata Zoe.

Ken Vin pula lebih positif sambil menganggap soal kalah dan menang adalah adat pertandingan.

"Kejohanan ini membuka mata kami agar bekerja lebih keras untuk mengharungi kejohanan pada bulan depan.

"Apa yang penting adalah kami dapat mengukur kemampuan dan mengenal pasti kelemahan," katanya pula.

Satu lagi pasangan negara yang beraksi di Tashkent, Madeline Lau dan Vincent Lee, menghargai pengalaman berharga di Tashkent biarpun menamatkan saingan dalam pusingan pertama.

Anda mungkin berminat dengan

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

[Le Mai.com] NIKE Sports Bottle Squeeze Cold Water Bottle Big Mouth Bottle 2.0 22 OZ/650mL N000042

Related Topics

Must Watch Video