Skip to main content

Luncur Ais

Ashley Chin -- persis pelakon Korea, tapi atlet luncur ais negara berdedikasi

Ashley

Acara luncur laju trek pendek tidak dinafikan, kurang pendedahan, sekali gus menyebabkan orang ramai kurang mengenali sukan luncur ais.

Namun tahukah anda, atlet kebangsaan, Ashley Chin, membuktikan bahawa kekurangan kemudahan bukanlah penghalang untuk mencipta kejayaan di pentas antarabangsa.

Bermula dengan latihan di gelanggang luncur ais pusat beli-belah di Malaysia sejak umurnya 10 tahun, Ashley merupakan antara ikon sukan musim sejuk. Ini selepas diberi penghormatan membawa Jalur Gemilang pada Sukan Asia Musim Sejuk 2025.

Ashley yang juga pemenang dua pingat emas Sukan SEA telah beraksi dalam dua edisi Sukan Asia Musim Sejuk. Pencapaian itu menjadikannya wanita Malaysia pertama yang bersaing dalam dua edisi temasya berprestij tersebut, sekali gus turut mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Terdahulu, Ashley mengambil keputusan untuk berpindah ke Korea Selatan bagi meningkatkan prestasinya. Latihan dijalani di sana --  latihan intensif dua kali sehari dengan setiap sesi berlangsung selama empat jam, enam hari seminggu demi merealisasikan impian bersaing di peringkat tertinggi.

Ada ketika, sepanjang lima tahun Ashley melupakan minatnya disebabkan kecederaan, pandemik Covid-19 dan situasi sukarnya. Namun, dia kembali tahun lalu dengan posting di media sosial ‘this is only the beginning’ dan semangatnya harus dicontohi ramai atlet lebih-lebih lagi pelapis negara. 

Anda mungkin berminat dengan

MAH Young Tour Waterproof Travel Backpack Beg Perjalanan Berkapasiti Besar (15.6/17")

MAH Young Tour Waterproof Travel Backpack Beg Perjalanan Berkapasiti Besar (15.6/17")

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Nike Fly Unstructured Denim Adjustable Cap - College Navy [IB2345-419]

Must Watch Video