Kecewa melanda di hati Sabalenka terus berbekas susulan kegagalan di pentas final kempen Grand Slam sulung tahun ini di Melbourne — Terbuka Australia dan atas sebab itu, pemain Belarus ini masih belum boleh memaafkan Elena Rybakina yang menjadi punca kekalahannya di pentas final.
Sabalenka yang berjaya meraih gelaran Indian Wells awal Mac lalu terus mengajar Rybakina apa erti balas dendam!
Advertisement
Pemain nombor satu dunia meneruskan rentetan kemenangan ke atas seterunya itu dengan kali ini menyingkirkan perjuangan Rybakina di separuh akhir Terbuka Miami.
Sabalenka tampil cukup gah di pertemuan separuh akhir ini menerusi dominasi yang sukar digugat Rybakina.
Hasilnya Sabalenka mara ke pentas final dengan kemenangan 6-4, 6-3 sekaligus berpeluang untuk terus tambah koleksi kejuaraan WTA dan mengukuhkan kedudukan di persada ranking dunia.