Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, terpaksa akur berdepan krisis kecederaan pemain ketika berada dalam misi memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2025/26.
The Gunners yang kini menduduki puncak liga itu kehilangan lima tonggak utama iaitu Riccardo Calafiori yang mengalami kecederaan ketika sesi pemanas badan sebelum ini, manakala, Ben White terpaksa dibawa keluar dalam aksi menentang Wigan susulan kecederaan.
Advertisement
"Dia dan Ben satu-satunya keraguan, perlu tunggu dan lihat dalam tempoh 48 jam akan datang mengenai perkembangan mereka." katanya.
π Squad cohesion
π Eze's performance
π Adapting to late changes
Read every word from Mikel's post-Wigan presser πβ Arsenal (@Arsenal) February 15, 2026
Sementara itu, kapten pasukan, Martin Odegaard, mengalami kecederaan ringan ketika aksi berdepan Brentford baru-baru ini, selain Kai Havert yang memerlukan tempoh sekurang-kurangnya satu bulan lagi sebelum kembali cergas sepenuhnya.
Mikel Merino pula baru selesai menjalani pembedahan kaki dan dilihat terpaksa melupakan saingan musim ini.
"Sebelum ini penyerang, kemudian pertahanan, dan sekarang pemain tengah pula. Kami boleh mengatasi perkara itu tetapi memerlukan pemain Kembali cergas segera. Lebih cepat mereka pulih lebih bagus." tambahnya.