Skip to main content

Bola Sepak

Arsenal bantai Manchester City 3-0, rampas Perisai Komuniti di Cardiff

Calafiori

Arsenal memulakan musim 2026/27 dengan cemerlang, menewaskan Manchester City 3-0 dalam perlawanan Perisai Komuniti di Principality Stadium, Cardiff.

Riccardo Calafiori membuka jaringan hanya 23 saat selepas wisel dibunyikan, menyambut hantaran Myles Lewis-Skelly untuk memberi Arsenal permulaan selesa.

Kai Havertz melipatgandakan kelebihan sebelum separuh masa tamat, hasil kerjasama dengan pemain baharu Christos Tzolis yang menghantar bola sebelum diselesaikan Havertz.

Sepakan mudah yang terlepas dari tangan penjaga gol City, Gianluigi Donnarumma, meletakan Arsenal selesa mendahlui hingga ke bilik persalinan.

Selepas rehat, Tzolis sekali lagi menjadi pencetus apabila Martin Odegaard mencuri bola daripada Josko Gvardiol sebelum menjaringkan gol ketiga hanya tiga minit selepas separuh masa kedua bermula.

Tzolis pada musim panas ini kembali ke England selepas sebelum ini beraksi Bersama Norwich City pada 2021/24.

Pemain berusia 24 tahun itu menyumbangkan 33 jaringan untuk Club Brugge musim lalu, julat tertinggi dalam penampilan liga.

Manakala kekalahan The Cityzen menjadi permulaan pahit buat Enzo Maresca dalam perlawanan kompetitif pertamanya sebagai bos City, susulan pemergian Pep Guardiola.

Sementara bagi Havertz, jaringan ini turut mencatatkan rekod peribadi dan beliau kini terlibat dalam lebih banyak gol menentang Man City berbanding mana-mana pasukan lain sepanjang kerjayanya.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement