Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin, terus mencipta sensasi dalam Perlumbaan 2, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2026 selepas muncul juara dalam kategori ASB1000 di Litar Antarabangsa Buriram, sebentar tadi.
Pusingan kedua yang berlangsung di Thailand itu menyaksikan pelumba berusia 32 tahun itu mempamerkan dominasi penuh selepas pencabar terdekat, Azroy Hakeem Anuar, mengalami kemalangan semasa berbaki lapan pusingan lagi.
Advertisement
Pelumba dari Jepun, Keito Abe, muncul naib juara diikuti Nakarin Atiratphivapat dari Thailand.