Skip to main content

Permotoran

ARRC: Input daripada pelumba sangat memberangsangkan -- Pengurus JDT Racing Team

dad

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah dan Andi Farid dijangkakan bakal menikmati jentera baharu iaitu Ducati Panigale V4R 7G  menjelang saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) pusingan kelima di Litar Antarabangsa Sepang pada 11 hingga 13 September depan.

Demikian penegasan pengurus pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Racing Team, Razmin Masli, berhubung perkhabaran tentang jentera baru yang dilengkapi dengan 'swing arm--double arm' lebih stabil pada bahagian belakang dengan tayar.

Malah, jentera kali ini turut dilengkapi dengan "electronic control unit" (ECU) yang telah dikemaskini mengikut spesifikasi motosikal tersebut.

Menurut pengurus pasukan, Razmin Masli, pelumba sangat positif terhadap sesi ujian jentera tersebut yang kini berada di Cremona, Itali.

"Jentera baru ini dilihat memang solid berbanding jentera lama kerana perubahan paling besar pada bahagian belakang 'swing arm', jentera baru ini 'double arm'.

"Secara keseluruhan lebih baik, sebelum ini perlu lebih banyak analisis, banyak percubaan termasuk gunakan data yang ada kerana single arm sangat sensitif.

"Input daripada pelumba sangat memberangsangkan, cuma perlukan pembaharuan daripada aspek eletronik yang perlu dilakukan." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video