Skip to main content

Permotoran

ARRC: Hafizh Syahrin terus cemerlang, muncul juara di Litar Mandalika

ARRC: Hafizh Syahrin terus cemerlang, muncul juara di Litar Mandalika

Litar Jalan Antarabangsa Mandalika sekali lagi membawa tuah buat pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah apabila muncul juara perlumbaan ASB1000 pada Pusingan Keempat Kejuaraan ARRC.

Hafizh yang memulakan perlumbaan dari petak pertama bagaimanapun tidak diberikan laluan mudah apabila kehilangan kedudukan pendahulu kepada pelumba Jepun, Keito Abe, yang mengawal perlumbaan sejak awal.

Namun, pengalaman dan ketenangan Hafizh membuahkan hasil apabila dia berjaya melakukan pintasan penting ketika perlumbaan memasuki pusingan ke-11.

Berjaya mengambil semula kedudukan pertama, pelumba JDT Racing Team itu terus mempertahankan kelebihan sehingga melintasi garisan penamat untuk melengkapkan kemenangan di Mandalika.

Kemenangan itu sekali gus mengukuhkan lagi reputasi Hafizh sebagai antara pelumba yang cukup serasi dengan litar tersebut.

Dalam saingan 600cc pula, pelumba negara, Kasma Daniel Kasmayudin terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas ditundukkan pelumba tuan rumah, Wahyu Nugroho.

Kasma yang bermula dari petak hadapan gagal mengekalkan kedudukan tersebut selepas Wahyu melakukan pintasan untuk mengambil alih pendahuluan.

Bagaimanapun, peluang kembali ke podium terbuka selepas insiden yang menimpa Anupab Sarmoon ketika tiga pusingan terakhir.

Kasma mengambil kesempatan itu untuk naik ke tempat kedua sebelum menamatkan perlumbaan di belakang Wahyu.

Sementara itu, saingan kelas 250cc menyaksikan pelumba Yamaha Thailand Racing, Krittapat Keankum tampil konsisten untuk meraih kemenangan.

Bermula dari petak hadapan, Krittapat bijak mengawal rentak perlumbaan dan menutup ruang buat pencabar terdekat, Fahmi Basam dari Indonesia, sehingga ke garisan penamat.

Gerry Salim dari Indonesia melengkapkan podium di tempat ketiga.

Pelumba terbaik Malaysia dalam kelas berkenaan ialah Danial Syahmi yang menamatkan saingan di kedudukan kesembilan.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video