Skip to main content

Permotoran

ARRC: Hafizh Syahrin pertahan gelaran ASB1000, JDT Racing Team terus unggul

ARRC: Hafizh Syahrin pertahan gelaran ASB1000, JDT Racing Team terus unggul

Musim ketiga bersama JDT Racing Team menjadi lebih istimewa buat Hafizh Syahrin Abdullah apabila pelumba negara itu berjaya mempertahankan gelaran juara kelas ASB1000 dalam saingan Asia Road Racing Championship (ARRC) musim ini.

Hafizh mengesahkan kejuaraan lebih awal pada pusingan kelima di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sekali gus memastikan mahkota individu dan kejuaraan pasukan menjadi milik JDT Racing Team.

Pelumba berusia 31 tahun itu bagaimanapun terlepas peluang melengkapkan kempen dengan rekod ‘perfect 10’ apabila menamatkan Perlumbaan 2 di tempat kedua.

Namun, pencapaiannya sepanjang lima pusingan cukup dominan apabila mengumpul sembilan kemenangan daripada 10 perlumbaan yang disertainya.

Menggunakan jentera Ducati Panigale V4 R, Hafiz memulakan rentak kejuaraan dengan kemenangan di Sepang sebelum meneruskan kecemerlangan di Buriram, Motegi dan Mandalika.

Kembali ke Sepang bagi pusingan kelima hujung minggu lalu, dia sekali lagi membuktikan kehebatannya meskipun berdepan minggu yang cukup mencabar di luar litar.

Pemergian pelumba Cub Prix, Farres Putra, yang dianggap seperti adiknya sendiri, memberi kesan mendalam kepada Hafiz.

Dalam keadaan emosi yang sukar, dia tetap mengetepikan kesedihan untuk menyempurnakan tugas di litar dan membantu JDT Racing Team mengesahkan kejuaraan berganda.

Sementara itu, persaingan kelas SS600 semakin menarik menjelang pusingan penutup di Buriram, Thailand, Disember depan.

Kasma Daniel Kasmayudin, Anupab Sarmoon dan Thanat Laungplio antara pelumba yang bersaing rapat untuk merebut kedudukan teratas sepanjang lima pusingan setakat ini.

Kasma mencetuskan kebangkitan penting di Sepang apabila menduduki tempat kedua dalam Perlumbaan 2, sekali gus mengambil alih pendahuluan kejuaraan.

Bagaimanapun, pelumba Hong Leong Yamaha Racing itu terlepas peluang menamatkan hujung minggu dengan kemenangan apabila dipintas pelumba Yamaha Racing Indonesia, Wahyu Nugroho, di selekoh terakhir.

Kedudukan Kasma turut diperkukuhkan selepas pencabar terdekatnya, Thanat, hanya menamatkan Perlumbaan 2 di kedudukan lebih rendah, meskipun pelumba Thailand itu terlebih dahulu memenangi Perlumbaan 1.

Dengan satu pusingan terakhir masih berbaki, Buriram bakal menjadi pentas penentu bagi perebutan kejuaraan SS600.

Secara keseluruhannya, pusingan kelima di Sepang bukan sekadar menyaksikan Hafiz mempertahankan mahkota ASB1000 dan JDT Racing Team mengukuhkan dominasi, malah turut mengubah landskap persaingan SS600 yang kini menuju kemuncak di Thailand.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement