Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, mencipta sensasi apabila muncul juara keseluruhan kategori ASB1000 bag kejuaraan musim 2025 buat kali pertama di Litar Buriram, Thailand, hari ini.
Pelumba berusia 31 tahun itu meraih podium kedua dalm perlumbaan hari ini sekali gus mengumpul 193 mata secara keseluruhan.
Advertisement
Hafizh yang merupakan pelumba MotoGP negara menggunakan pengalamannya untuk menafikan saingan pencabar terdekat dari Thailand, Nakarin Atiraphuvapat, dengan jurang kelebihan hanya tiga mata.
"Alhamdulilah, terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyokong saya. Terima kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, ini adalah untuk anda.
"Tanpa baginda saya tidak akan berlumba. Kali pertama saya jumpa baginda tahun lalu, saya katakan saya hanya mahu berlumba untuk JDT. Saya tidak kisah mengenai gaji dan berikan saya jentera terbaik. Terima kasih." katanya.