Skip to main content

Permotoran

ARRC: Fokus persiapan ke Jepun Afizi Supaat, sempat lepas rindu jual lemang

j

Kehidupan seorang pelumba bukanlah penghalang kepada insan bernama Afizi Supaat untuk tetap meneruskan perniagaan menjual lemang pada Hari Raya Aidiladha biarpun berdepan jadual perlumbaan yang padat.

"Proses daripada pulut hingga ke buluh kebanyakannya diusahakan oleh keluarga saya sendiri. Kami berniaga ketika musim perayaan. 

"Proses membakar juga perlukan kepakaran agar lemang tidak  rentung," katanya di Nadi Arena.

Setelah motosikalnya berdepan masalah dan keciciran mata dalam perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) sebelum ini, pelumba UB150 AS 25 Racing Team itu enggan menoleh belakang lagi sebaliknya fokus memburu lima terbaik dalam perlumbaan pusingan ketiga di Litar Mobility Resort Motegi, Jepun, pada 12 hingga 14 Jun ini.

"Saya mahu memungut mata dalam pusingan ketiga selepas dapat mengumpul mata dalam ARRC buat julung kalinya.

"Dengan menggunakan jentera dari China, banyak proses mekanikal yang dilalui dan dalam musim kedua ini, banyak peningkatan berlaku.

"Secara peribadi saya ingin menguasai kelompok lima terbaik musim ini," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video