Bintang muda olahraga negara, Mohamad Armin Zahryl Abd Latif, sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 110 meter (m) lari berpagar dalam Kejohanan Olahraga Bawah 23 Tahun (B-23) Asia di Ordos, China sebentar tadi.
Selepas mencipta sensasi memecahkan rekod Rayzam Shah Wan Sofian (13.67 saat) yang dicipta pada 2017 dengan catatan masa 13.63s.
Beraksi di final, Armin yang memulakan perlumbaan di lorong lima, melakukan catatan masa 13.58 untuk menghuni tangga keempat sekaligus memecahkan rekod kebangsaan miliknya.