Skip to main content

Muay Thai

Arisya Sofea pilihan ke Muay Thai Dunia -- ketepi Mia Ghazali dan Damia

Mia Ghazali belum lepas had usia, Damia tarik diri, Nur Arisya Sofea ke Kejohanan Muaythai Dunia

Pingat gangsa di Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 membawa tuah kepada atlet muay thai pelapis negara, Nur Arisya Sofea yang kini diangkat ke skuad senior dan bakal mengharungi tugasan pertamanya di Kejohanan Muay Thai Dunia yang berlangsung di Kosovo minggu hadapan.

Pemilihan atlet Wilayah Persekutuan yang menyumbang pingat gangsa dalam acara bawah 45 kilogram (kg) itu dibuat selepas pemenang pingat emas, Mia Ghazali belum mencapai had usia 18 tahun, manakala pemenang pingat perak, Husna Damia menarik diri -- perkara itu telah disahkan Muay Thai Malaysia menerusi Facebook.

Persatuan Muaythai Malaysia mendedahkan ini adalah masa terbaik untuk Nur Arisya Sofea diberikan pendedahan ke peringkat senior.

Sebelum ini, dia pernah menggalas cabaran negara di Kejohanan Remaja Asia di Bahrain pada 2025, namun berdepan kesukaran apabila perlu bersaing dalam kategori bawah 48 kg selepas kejohanan itu tidak menawarkan kategori 45 kg bagi peserta berusia antara 16 hingga 17 tahun.

Delegasi Malaysia ke Kosovo akan di ketuai Ketua Jurulatih Kebangsaan, Ajarn Bernard Radin, manakala juara muay thai Asia, Mohd Wassof Rumijam akan bertindak sebagai kapten pasukan.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement