Pemain tengah Penang, Arif Shaqirin Suhaimi, lega apabila kembali beraksi di pentas kompetitif Liga Malaysia (Liga-M) selepas setahun berehat berikutan tiada kelab.
'Qirin' berharap kehadirannya ke dalam skuad Harimau Kumbang mampu menjadi nilai tambah terbaik bagi membantu skuad kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail mendaki carta Liga Super.
Advertisement
Untuk rekod, pemain dari Terengganu berumur 26 tahun itu antara pemain baru yang menyertai skuad Pulau Mutiara tersebut dalam jendela perpindahan kedua musim ini selain dua tonggak import, Douglas Coutinho, Omid Musawi serta Amirul Kamil Jaser.
"Terima kasih kepada jurulatih dan pengurusan Penang yang memberikan saya peluang.
"Penang mempunyai skuad yang bagus.
"Saya percaya kami mampu menghabiskan baki liga di tempat terbaik," katanya.