Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Arif Aiman tiada tiga bulan. Siapakah 3 pemain terbaru JDT?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

JDT

Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengesahkan bahawa kelab itu bakal merekrut tiga pemain baru menjelang jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga-M) pada tahun hadapan.

Ia, sekali gus mampu menguatkan pasukan Harimau Selatan itu, dan terus memberi saingan tertinggi dalam kejohanan domestik, mahupun di peringkat Asia.

Advertisement

Dalam satu wawancara antara Tunku Mahkota Johor (TMJ) bersama penyokong hari ini, Pemangku Sultan Johor itu memberi bayangan tiga tonggak tersebut telah bersetuju menyertai JDT, dan hanya menunggu masa untuk diumumkan selaku pemain terkini.

“Buat masa ini, kita memang sudah ada tiga pemain sedia datang sini.

"Saya tidak mahu gantikan dengan sesiapa. Saya nak tambah," katanya.

TMJ dalam masa sama turut berkongsi perkembangan semasa bintang Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi, yang disisihkan ekoran kecederaan.

Pemain Paling Bernilai (MVP) musim lalu juga sah terlepas perlawanan akhir Piala FA bertemu Sabah di Bukit Jalil, hujung minggu ini.

"Dia (Arif Aiman) cedera tiga bulan, sangat lama.

"Kita boleh tengok bagaimana pasukan sekarang bila dia tiada.

"Kita tak sebahaya apabila dia ada.

"Masa dia ada, dia memberi rasa gerun kepada pasukan lawan dan dia juga memberi pasukan kita lebih bahaya.

"Harap dia tiada apa-apa, saya rasa dia akan kembali dengan lebih kuat," katanya.
 

Must Watch Video