Penyerang Harimau Malaya dan Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, selesai menjalani pembedahan bersama doktor sukan terkemuka di Finland.
Pemain berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan hamstring Ketika mewakili skuad negara dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Nepal pada 18 November lalu.
Advertisement
"Pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman telah selamat menjalani pembedahan ‘hamstring’ dengan jayanya bersama doktor sukan terkemuka, Lempainen Lasse di Finland.
"Pakar ortopedik tersebut pernah merawat atlet dari pelbagai sukan termasuk pemain bola sepak seperti pemenang Ballon d’Or 2025 Ousmane Dembele, Reece James, Ruben Neves, Nuno Mendes, Alejandro Balde, Ronald Araujo dan ramai lagi. Luaskan Kuasamu Johor." jelas laman Johor Darul Ta'zim (JDT).
Credit Photo: Johor Darul Ta'zim
