Selain pemandangan hijau yang indah serta pengeluaran susu lembu segar, ada satu lagi perkara yang dikongsikan oleh Sabah dan New Zealand terutama sekali dalam perlawanan masaing-masing pada Ahad.
Bagi Sabah yang membuat perhitungan dengan Penang di Stadium Likas, mereka pamerkan kebangkitan luar biasa untuk memastikan tiga mata penuh dengan keputusan 3-2. Daniel Ting didendang selaku wira apabila meletakkan Sabah di depan dengan gol kemenangan pada minit ke-71.
Advertisement
New Zealand pula pada awalnya ketinggalan 2-1 ketika bertemu Malaysia dalam perlawanan pembukaan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2025. Ketika permainan berbaki tiga minit, New Zealand yang tidak berputus asa melakukan serangan yang akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-57 menerusi gol padang Dylan Thomas.
Dua pasukan ini melakar 'comeback' untuk mengejutkan pihak lawan.
Seterusnya bagi Sabah, mereka bakal berdepan Selangor dalam pusingan kedua separuh akhir aksi Piala FA pada 30 November, sementara The Speedy Tigers yang terpaksa akur seri 2-2 dengan New Zealand akan menghadapi cabaran Kanada pula hari ini.